Amalan yang betul akan mencegah kita daripada mendapat jangkitan COVID-19. Tangan yang tidak dibasuh dengan kerap dan betul PENUH dengan kuman! Selain daripada membasuh tangan dengan sabun dan air, anda juga dinasihatkan untuk mengelak daripada bersalaman atau bersentuhan jika anda atau seseorang itu mempunyai simptom seperti, batuk, selsema, demam atau sesak nafas. Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan.
Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth