Pastikan makanan yang hendak dimakan ketika bersahur dan berbuka puasa adalah selamat untuk dimakan.
1. Amalkan konsep Lihat, Hidu dan Rasa sebelum makan.
2. Lebihan makanan atau makanan yang dibeli untuk bersahur disimpan segera di dalam peti sejuk dan tidak dicampur dengan makanan baru.
3. Makanan yang dibeli untuk bersahur perlu dipanaskan dengan sempurna sebelum dimakan.
4. Sekiranya anda rasa loya, muntah, cirit-birit atau sakit perut, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.