Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mula membuka operasi pejabatnya di seluruh negara secara janji temu bagi membantu orang ramai yang mempunyai urusan dokumen pengenalan diri yang tertangguh sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
JPN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan operasi berkenaan telah dibuka sejak hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kecuali pejabat JPN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sumber : JPN