URUSNIAGA TUKAR HAK MILIK (THM) BERMULA 13 MEI 2020
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa berurusan di kaunter-kaunter JPJ seperti menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu (1) meter, memakai topeng muka dan kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer. Menjaga kebersihan dan mencegah penularan wabak COVID-19 adalah tanggungjawab bersama.