CEGAH COVID-19 SEMASA BANJIR!
Musim banjir sudah pun bermula di beberapa daerah di negeri Perak. Ini kerana sejak kebelakangan pada waktu petang hujan lebat akan berlaku. Semasa wabak COVID-19 melanda, aspek pencegahan perlu dititikberatkan terutamanya di Pusat Pemindahan Banjir bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.
Jangan risau kerana di sini kami kongsikan beberapa langkah pencegahan yang perlu diambil dan dilakukan oleh mereka yang berada di Pusat Pemindahan Banjir. Pastikan anda menjaga kebersihan diri yang optima dan amalkan penjarakan sosial serta mematuhi segala arahan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Bersama-sama kita mencegah COVID-19 walau apa keadaan sekali pun!