TARIKH : 18 JANUARI 2021
MASA : 9.15 PAGI
LOKASI : FACEBOOK PI KG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Sesi kali ini adalah pembelajaran secara atas talian di Facebook Pusat Internet Komuniti Kampung Tualang Sekah. Antara yang dipelajari adalah taklimat advokasi Klik Dengan Bijak : Oversharing.
AKTIVITI
Penolong Pengurus Pusat Internet Kg Tualang Sekah iaitu Nur Ain Binti Md Razalay telah memberi taklimat tentang keburukan ‘oversharing’ iaitu mengepos secara berlebihan. Antara tips yang diberi adalah cara untuk menangani sindrom mengepos secara berlebihan dengan menghadkan posting di media sosial dan privasikan jumlah tontonan post.