TARIKH : 19 NOVEMBER 2023
MASA : 03.00 PETANG – 05.00 PETANG
LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Telah berlangsung Aktiviti Solidariti Palestin di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah. Aktiviti berlangsung dari jam 3.00 – 5.00 petang. Program ini khas kepada pelajar sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun. Tujuan aktiviti hari ini untuk memberi kesedaran dan menambah ilmu pengetahuan mengenai apa yang berlaku di Palestin sejak tahun 1948 hingga kini.
AKTIVITI
Antara aktivitinya termasuklah Tayangan Video Animasi Omar & Hana, Tayangan Video Animasi I Am from Palestine, Tayangan Video Animasi Palestin Di Hati, Pop Kuiz, Kuiz Cryptogram dan Word Search Palestin di Hatiku.