TARIKH : 21 NOVEMBER 2025
MASA : 11.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : SMK KAMPAR
PESERTA : PELAJAR & GURU SEKOLAH
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik asas pengacaraan live stream. Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi pelajar ketika beraksi di hadapan kamera. Mengasah kreativiti dan kemahiran penyampaian dalam dunia penyiaran digital. Memberikan pengetahuan tentang etika, persediaan dan pengurusan siaran langsung secara profesional. Menyokong pembangunan kemahiran abad ke-21 melalui komunikasi, kolaborasi dan kreativiti.
AKTIVITI
Penerangan tentang teknik asas pengacaraan termasuk gaya komunikasi, suara dan intonasi. Perkongsian cara menarik perhatian penonton semasa sesi live stream. Penerangan mengenai pengurusan masa dan penyelesaian masalah ketika siaran berlangsung. Penekanan kepada etika dan persediaan sebelum “Go Live” seperti penyediaan skrip, tetapan kamera dan audio. Latihan praktikal di mana pelajar mencuba menjadi host secara langsung dalam suasana simulasi. Penglibatan aktif pelajar yang menunjukkan minat, bakat dan kreativiti sepanjang bengkel.
