TARIKH : 23 NOVEMBER 2025
MASA : 08.00 PAGI – 02.00 TENGAH HARI
TEMPAT : SK TUALANG SEKAH
PESERTA : PELAJAR DAN KOMUNITI SETEMPAT
TUJUAN
Menyokong penganjuran Hari Keusahawanan SK Tualang Sekah sebagai usaha memupuk semangat keusahawanan, kreativiti dan pembelajaran interaktif dalam kalangan murid. Memperkenalkan inisiatif digital NADI kepada komuniti melalui pameran dan aktiviti teknikal. Memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai keselamatan internet, kemahiran robotik, coding, dan peranan NADI dalam pendidikan digital. Menggalakkan penggunaan teknologi secara positif, selamat dan bermanfaat dalam kalangan murid dan masyarakat setempat.
AKTIVITI
Kehadiran NADI Kampung Tualang Sekah sebagai pempamer rasmi sempena Hari Keusahawanan. Pameran interaktif mengenai keselamatan internet, pengenalan robotik dan asas coding, peranan NADI dalam meningkatkan celik teknologi komuniti serta sesi penerangan, soal jawab dan demonstrasi ringkas bersama pengunjung. Aktiviti mencuba bahan pendedahan digital yang disediakan di booth NADI. Penglibatan aktif murid, guru dan ibu bapa yang singgah untuk belajar, bertanya dan mencuba aktiviti digital.
