mcmc
Galeri Foto

Covid 19 : Amalkan Kawalan Kendiri Semasa PKPB

AMALKAN KAWALAN KENDIRI SEMASA PKPB!

Kawalan kendiri amatlah penting pada hari ini dalam menjalani kehidupan seharian. Tidak seperti sebelum ini, terdapat beberapa perkara baharu atau kelaziman baharu yang perlu dilakukan dalam kehidupan kita bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Di sini kami kongsikan bersama anda semua beberapa kelaziman baharu yang anda perlu adapatasi demi kebaikan bersama. Bersama-sama kita mencegah penularan jangkitan wabak COVID-19!