mcmc
Galeri Foto

Covid 19 : Aplikasi My Trace

MUAT TURUN APLIKASI MYTRACE

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi tempatan telah membangunkan MyTrace, sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) bagi membolehkan KKM mengesan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19. Aplikasi MyTrace menggunakan teknologi `Bluetooth’ di mana ia membolehkan telefon bimbit pengguna mengesan kehadiran pengguna lain apabila berada hampir dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19. Sekiranya pengguna disahkan positif COVID-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak-kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan MyTrace. MyTrace mengumpul maklumat nombor telefon yang telah dirahsiakan (anonymized) dan TIDAK mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi pengguna.

Bagi pengguna telefon bimbit jenis Android anda boleh muat turun aplikasi MyTrace di Google PlayStore [https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.my