mcmc
Galeri Foto

Covid 19 : Detoks Digital

Rasa bimbang atau risau dgn membaca berita atas talian atau mesej rakan2 mengenai Covid-19? Cubalah menjalankan ‘detoks digital’ pada hujung minggu ini. Beberapa jam pun boleh memberi manfaat!

1. Baca buku atau bermain permainan tradisi/papan/kad yg tidak melibatkan skrin.

2. Mencari hobi baru yang boleh dilakukan di dalam rumah. Berkebun, menjaga tumbulan dalaman, kraftangan atau belajar memasak. Menceburi hobi yang baru boleh menghilangkan bosan dan tenangkan fikiran.

3. Matikan notifikasi semua aplikasi kecuali panggilan utk kecemasan. Sesetengah orang rasa bimbang bila terdengar notifikasi emel atau pesanan. Matikan semua notifikasi utk sekurangnya 3 jam.

4. Jangan menggunakan alat2 digital di tempat tidur. Cuba berhenti memandang skrin alat digital sekurangnya satu jam sebelum tidur.

5. Jalankan ‘puasa media sosial’. Mesej2 di media sosial boleh menyebabkan gangguan emosi pada masa yg memang terdapat banyak tekanan yg lain. Cuba mengambil masa utk ‘berehat’ seketika dari semua media sosial.