mcmc
Galeri Foto

Covid 19 : Garis Panduan Zakat Fitrah Perak

Antara persoalan yang akan ditanya ketika hendak menunaikan bayaran fitrah secara manual adalah: Boleh atau tidak seseorang itu mengunjungi mana-mana platform bayaran fitrah secara manual/ melalui Amil jika tidak sihat?

Jawabnya: TIDAK DIBENARKAN kepada pembayar atau amil yang berada dalam keadaan kurang sihat seperti demam, selsema dan batuk untuk keluar memungut atau menunaikan zakat fitrah pada waktu itu. Selain itu, mana-mana individu yang disahkan positif Covid-19 atau baru sembuh Covid-19 atau termasuk dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) atau Person Under Surveillance yang ingin menunaikan kewajipan zakat fitrah hendaklah MEWAKILKAN pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat.

Banyak lagi panduan yang boleh kita dapati daripada poster di bawah. Jom baca dan fahami. Mudahkan diri anda dengan membayar zakat fitrah secara online. Cepat, Mudah dan Sempurna!