Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pemilik haiwan kesayangan di rumah semasa wabak Covid-19?
Pemilik haiwan kesayangan dinasihatkan untuk :
a. Mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa.
b. Membasuh tangan dengan sabun atau bahan nyahkuman sebelum dan selepas menyentuh haiwan kesayangan.
c. Membersihkan bekas makanan dan minuman, tempat rehat dan bekas najis haiwan kesayangan dengan sabun atau bahan nyahkuman.
d. Menghadkan pergerakan haiwan kesayangan di luar rumah.
e. Menghadkan sentuhan langsung termasuk mencium dan memeluk haiwan kesayangan.
f. Memastikan keperluan dan kebajikan haiwan sentiasa terjaga.
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Veterinar