Semasa proses penghantaran makanan kepada pelanggan, keadaan fizikal kenderaan penghantar makanan haruslah dalam keadaan yang bersih dan selamat. Kenderaan haruslah dikhaskan untuk membawa makanan sahaja dan dihantar terus dalam jangka masa yang singkat.
Mengapa ianya penting? Untuk mengelakkan berlakunya pencemaran silang jika kenderaan membawa bahan selain daripada makanan. Selain itu juga, penghantaran makanan harus dilakukan dengan segera agar pembiakan bakteria dalam makanan dapat dicegah selain dapat mengekalkan suhu makanan yang ditempah.
Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM