Bilik Gerakan Covid-19 Negeri Perak dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini. Selain talian hotline yang dibuka Majlis Keselamatan Negara, rakyat negeri Perak boleh juga menghubungi talian hotline 05-2413064/ 05-2413062 bagi mendapatkan info dan penjelasan yang sahih berkenaan PKP di negeri ini. Sebarang aduan/pertanyaan juga boleh dihantar melalui e-mel bilikgerakansukperak@gmail.com atau melalui faks di talian 05-2413078.