Tak tahu nak buat apa di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ni? Serlahkan bakat anda dengan menyertai Pertandingan Cipta Video Kreatif anjuran KeTSA dan Yayasan Hijau Malaysia. Cipta video kreatif bertemakan ‘Penghijauan Malaysia’ dan anda berpeluang untuk memenangi RM1,000!
Muat naik video kreatif di akaun media sosial (Facebook dan Instagram) anda beserta hashtag:
#AmalanHidupHijauBermulaDiRumah#GayaHidupHijauMalaysia#KetsaPenghijauanMalaysia
jangan lupa ‘tag’ ke akaun media sosial Yayasan Hijau Malaysia YaHijau! Pertandingan ini dibuka mulai 21 April hingga 12 Mei 2020. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat pertandingan, layari https://bit.ly/PertandinganCiptaVideoKreatif