TARIKH : 12 OKTOBER 2025
MASA : 09.00 PAGI – 03.00 PETANG
TEMPAT : ARENA SQUARE, BATU GAJAH
PESERTA : PENGUNJUNG COOP FEST
TUJUAN
Program ini dijalanan untuk mempromosi dan menggalakkan semangat keusahawanan serta gerakan koperasi di negeri Perak. Juga memberi platform kepada usahawan dan koperasi untuk mempamer dan menjual produk mereka serta mengukuhkan jaringan serta kerjasama antara usahawan, koperasi dan masyarakat. Ia juga menarik penglibatan komuniti melalui aktiviti santai dan interaktif. NADI Kampung Tualang Sekah, NADI Mambang DiAwan dan NADI Pekan Kampar menyertai sebagai pempamer dalam program hebat ini.
AKTIVITI
Antara yang ada semasa program ialah pameran dan jualan produk oleh usahawan/koperasi, gerai makanan, minuman dan barangan tempatan. Persembahan hiburan dan seni budaya. Aktiviti interaktif untuk keluarga/kanak-kanak. Ceramah atau bengkel keusahawanan/koperasi serta ruang rangkaian usahawan dan koperasi.
NADI telah membuka booth NADI semasa program berlansung dengan berkongsi info tentang dunia digital & keselamatan siber, kelas keusahawanan dan pembelajaran digital yang dijalankan di NADI serta program NADI untuk komuniti setempat. Juga tidak lupa kami menjalankan saringan kesihatan buat pengunjung.
