TARIKH : 21 MEI 2025
MASA : 01.00 PETANG – 05.00 PETANG
TEMPAT : SK AYER PAPAN, TANJUNG TUALANG, PERAK
PESERTA : PELAJAR SEKOLAH
TUJUAN
Telah diadakan sesi Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Ayer Papan, Tanjung Tualang, Perak. Ini merupakan salah satu sekolah dari siri jelajah sekolah KIS yang telah diatur di peringkat Perak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Negeri.
AKTIVITI
Sesi ini disertai oleh 40 orang murid yang terdiri daripada pelajar rendah atas; tahun 4, 5 dan 6. Petugas NADI Kampung Tualang Sekah dan NADI Mambang Di Awan sama-sama membantu MCMC Perak menjayakan aktiviti KIS di sini.