TARIKH : 8 MAC 2026
MASA : 08.00 PAGI – 03.00 PETANG
TEMPAT : NADI KAMPUNG DATO AHMAD SAID TAMBAHAN II
PESERTA : PELAJAR DAN KOMUNITI SETEMPAT
TUJUAN
Program ini memperkenalkan Bazar Raya NADI kepada komuniti setempat sebagai platform jualan usahawan serta menggalakkan keusahawanan komuniti, khususnya dalam kalangan penduduk setempat dan usahawan kecil. Selain itu, Kick Off Bazar Raya NADI juga mempromosikan produk tempatan seperti makanan, pakaian raya, dan kraftangan. Menghidupkan suasana menjelang Hari Raya dengan aktiviti komuniti yang meriah serta mengeratkan hubungan komuniti melalui penglibatan bersama dalam program NADI.
AKTIVITI
Kehadiran NADI Kampung Tualang Sekah sebagai petugas saringan kesihatan rasmi sempena Program Kick Off Bazar Raya NADI. Antara aktiviti lain yang ada di Kick Off Bazar Raya NADI adalah sesi melawat dan memperkenalkan usahawan kepada pengunjung, jualan produk usahawan NADI, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pendaftaran ahli NADI.
