KISAH KEJAYAAN 1 – KEUSAHAWANAN
|
Nama |
Jantina |
Umur |
Bangsa |
|
Mohd Khairulnizam Bin Ismail |
Lelaki |
29 |
Melayu |
Latar belakang
Encik Mohd. Khairunnizam bin Ismail merupakan seorang pengurus pemasaran di sebuah syarikat pengurusan acara di Sentul, Kuala Lumpur. Beliau berniaga menjual ikan keropok dan ikan bilis mata biru secara sambilan di sekitar Lembah Klang. Jenama perniagaan beliau adalah Salt Out. Beliau turut menjual produknya secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Encik Mohd. Khairunnizam bin Ismail menyertai kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah mahir. Encik Mohd. Khairunnizam tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer mahupun internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah Encik Mohd. Khairunnizam menghadiri kelas-kelas Pusat Internet, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook Page dan Whatsapp sebagai medium untuk memasarkan produk ikan masin secara atas talian. Selain itu, beliau lebih yakin untuk memasarkan produknya di luar Lembah Klang.
KISAH KEJAYAAN 2 – KEUSAHAWANAN
|
Nama |
Jantina |
Umur |
Bangsa |
|
Mior Azam Shah Bin Mior Yahya |
Lelaki |
36 |
Melayu |
Latar belakang
Encik Mior Azam Shah Bin Mior Yahya merupakan pengasas syarikat Kulinari Warisan di Bota, Perak dan chef eksekutif di syarikat yang sama. Beliau membuat servis katering dan kelas usahawan masakan di sekitar daerah Perak Tengah dan Kampar. Beliau mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang hotel katering.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Encik Mior Azam Shah Bin Mior Yahya menyertai kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, tahap pengetahuannya mengenai komputer adalah mahir. Encik Mior Azam Shah tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam mengendalikan perkakas komputer mahupun internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah Encik Mior Azam Shah menghadiri kelas-kelas Pusat Internet, beliau dapat menggunakan aplikasi Facebook Page dan Whatsapp sebagai medium untuk memasarkan servis katering secara atas talian. Selain itu, beliau lebih yakin untuk memasarkan servisnya di seluruh negeri Perak.
KISAH KEJAYAAN 3 – CELIK IT
|
Nama |
Jantina |
Umur |
Bangsa |
|
Nuril Izieyati Binti Azri |
Perempuan |
18 |
Melayu |
Latar belakang
Nuril Izieyati bt Azri merupakan seorang pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kampar, Perak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum Nuril Izieyati bt Azri menyertai kelas – kelas yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah, tahap pengetahuan mengenai komputer adalah sederhana. Nuril Izieyati tidak menghadapi sebarang kesukaran mengenali perkakas komputer dan cara penggunaannya. Ini adalah kerana Nuril Izieyati memiliki komputer riba di rumah. Kebiasaannya, Nuril Izieyati hanya menggunakan komputer di Pusat Internet untuk membantunya mencari maklumat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah menghadiri kelas Pusat Internet, Nuril Izieyati lebih cekap menggunakan komputer untuk membuat kerja kursus sekolah. Internet pula digunakan untuk mencari maklumat, mengulang kaji pelajaran dan bermain permainan berasaskan pendidikan seperti Quizizz, Kahoot dan FrogVLE. Selain itu, kerana minat yang mendalam terhadap bidang komputer, Nuril Izieyati juga banyak menghadiri kelas ICT dan keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Tualang Sekah.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Internet
– Kelas Bersijil Microsoft Office 2010
– Kelas Klik Dengan Bijak
– Kelas Pengenalan Kepada Blogging
– Kelas Asas Pengenalan Adobe Photoshop
– Kelas e-pembelajaran (Essay Bahasa Inggeris)
– Kelas Tayangan Video Animasi Bahasa Inggeris
– Kelas Asas Grafik (Microsoft Publisher)
– Kelas Dashboard Komuniti
– Pemeriksaan Kesihatan I-Health
– Kelas Borong Barang Dari China (AliExpress dan Shopee)
