TARIKH : 12 NOVEMBER 2021
MASA : 9.30 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
LOKASI : BILIK LATIHAN PUSAT INTERNET KOMUNITI KG TUALANG SEKAH
PESERTA : 4 ORANG
TUJUAN
Seramai 4 peserta telah menyertai Kursus Latihan Pengendalian Makanan yang dianjurkan oleh PIK Kg Tualang Sekah dengan kerjasama dari NZ Bunga Venture Training And Consultant. Kursus ini diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
AKTIVITI
Selama hampir 3 jam berlangsung, kursus ini merangkumi fungsi bagi mendapatkan sijil pengendali makanan. Antara yang dipelajari adalah kebersihan makanan, keselamatan makanan, faktor-faktor kritikal keracunan makanan serta kepentingannya. Turut diadakan juga kuiz melalui google forms yang telah disediakan oleh pihak NZ Bunga Venture.