mcmc
Laporan Aktiviti

MAJLIS PELANCARAN CASHLESS CARNIVAL PERAK 2025

TARIKH : 02 MEI 2025
MASA : 10.00 PAGI – 04.00 PETANG
TEMPAT : ARENA RAKYAT KAMPUNG TUALANG SEKAH
PESERTA : KOMUNITI SETEMPAT

TUJUAN

Majlis Cashless Carnival Perak 2025 dianjurkan sebagai platform pelancaran inisiatif digital negeri Perak yang memfokuskan kepada galakan penggunaan teknologi tanpa tunai dalam kalangan masyarakat. Ia bertujuan memperkukuh kesedaran tentang ekonomi digital, mempromosikan gaya hidup digital yang inklusif, serta mengukuhkan semangat komuniti melalui penglibatan pelbagai peringkat masyarakat.

AKTIVITI

Demonstrasi Teknologi Tanpa Tunai dimana pempamer menunjukkan cara guna aplikasi dan sistem pembayaran digital. Pertandingan Memasak iaitu Gulai Tempoyak dan Masakan Musang Berjanggut yang mengangkat makanan tradisional Perak. Pertandingan Gubahan Kain Batik dimana menonjolkan kreativiti dalam seni warisan tempatan.

Pertandingan E-Sukan (Mobile Legends) yang menarik penyertaan belia dalam dunia digital. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak iaitu aktiviti santai yang menceriakan si cilik.

Saringan Kesihatan Percuma kepada pengunjung iaitu pemeriksaan tekanan darah, gula dan BMI. Pameran Produk Usahawan antaranya jualan makanan, kraftangan dan produk tempatan oleh komuniti usahawan.

Gambar disini