TARIKH : 9-13 FEBRUARI 2026
MASA : 03.30 PETANG – 04.30 PETANG
TEMPAT : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH (ONLINE)
PESERTA : 16
TUJUAN
Program ini dijalankan untuk memberi peluang pendidikan dan kemahiran kepada golongan kurang berkemampuan dan yang tercicir melalui platform seperti E-tuisyen & kemahiran untuk pelajar kurang mampu dan belia tercicir.
AKTIVITI
Program ini terbuka untuk pelajar dari tingkatan 1-5 dan sesi pembelajaran ini adalah percuma dan pembelajaran secara live. Subjek yang ditawarkan ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. Program ini dapat meningkatkan pemahaman, ulangkaji pelajaran dan persiapan untuk peperiksaan dengan lebih yakin.
