TARIKH : 10 FEBRUARI 2026
MASA : 08.00 PAGI – 01.00 PETANG
TEMPAT : SK TUALANG SEKAH
PESERTA : PELAJAR DAN KOMUNITI SETEMPAT
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai risiko dan ancaman dalam talian seperti buli siber, penipuan dalam talian dan eksploitasi digital. Membimbing peserta tentang kepentingan menjaga data peribadi seperti nombor telefon, alamat, kata laluan dan maklumat keluarga. Memupuk etika dan adab penggunaan internet agar lebih berhemah dan berintegriti. Mengajar langkah yang perlu diambil seperti melaporkan kepada ibu bapa, guru atau pihak berwajib sekiranya berlaku situasi tidak selamat.
AKTIVITI
Kehadiran NADI Kampung Tualang Sekah sebagai pempamer rasmi sempena Program Perisai Kanak-Kanak: Lindungi Diri Di Dunia Siber. Pameran interaktif mengenai 5 perkhidmatan pintar NADI, perkongsian kesedaran keselamatan siber untuk kanak-kanak, peranan NADI dalam meningkatkan celik teknologi komuniti serta sesi penerangan, soal jawab dan demonstrasi ringkas bersama pengunjung. Aktiviti mencuba bahan pendedahan digital yang disediakan di booth NADI.
