TARIKH : 06-07 SEPTEMBER 2025
MASA : 10.00 PAGI – 05.00 PETANG
TEMPAT : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH
PESERTA : 24
TUJUAN
Pertandingan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) ini dianjurkan bertujuan menjadikan e-sukan sebagai platform sihat untuk mengeratkan hubungan masyarakat setempat. Memberi ruang kepada belia menunjukkan bakat dan kemahiran dalam bidang e-sukan. Memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan disiplin.
AKTIVITI
Pertandingan E-Sukan Mobile Legend Bang Bang yang melibatkan penyertaan belia setempat. Perlawanan dijalankan selama dua hari. Penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang diadakan pada jam 4.00 petang sebelum majlis bersurai.
