TARIKH : 07 SEPTEMBER 2025
MASA : 09.00 PAGI – 04.00 PETANG
TEMPAT : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH
PESERTA : KOMUNITI SEKITAR NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @NADI dianjurkan bagi menyemarakkan semangat cintakan negara melalui pelbagai aktiviti menarik yang dapat mengeratkan silaturahim masyarakat setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan memperkenalkan NADI sebagai pusat sehenti komuniti yang menyediakan maklumat, ilmu dan aktiviti bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat.
AKTIVITI
Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @NADI ini berlangsung meriah di NADI Kampung Tualang Sekah, Malim Nawar.
✅ Saringan kesihatan & tayangan filem patriotik
✅ Pertandingan mewarna & sarapan pagi Merdeka
✅ Nyanyian lagu Negaraku & sesi live bersama YB Menteri Komunikasi
✅ Pertandingan E-Sukan Mobile Legend
✅ Penyampaian hadiah
Program ini berjaya menyemarakkan semangat cintakan negara sambil mengeratkan silaturahim masyarakat setempat.
