mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM MOH KOME USAHAWAN PERAK (MOH UP!) SIRI 2 NOVEMBER 2025

TARIKH : 04 NOVEMBER 2025
MASA : 10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH
PESERTA : 20 USAHAWAN

TUJUAN

Program Moh Kome Usahawan Perak (MOH UP!) – STeP BANTU diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman usahawan tempatan terhadap pelbagai inisiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan. Melalui program ini, usahawan turut didedahkan kepada Sistem Maklumat Usahawan PMKS Negeri Perak (PERAK SME D-Base) sebagai platform utama pendaftaran serta capaian maklumat geran, pinjaman dan peluang sokongan perniagaan.

AKTIVITI

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah taklimat penerangan mengenai sistem PERAK SME D-Base. Pendaftaran usahawan baharu dalam sistem. Sesi khidmat nasihat dan semakan kelayakan bantuan/geran. Perkongsian pengalaman daripada usahawan berjaya. Ruang konsultasi bersama pegawai agensi berkaitan (MDEC/MOE dan lain-lain).

Gambar disini