TARIKH : 19 OKTOBER 2023
MASA : 09.00 PAGI – 05.00 PETANG
LOKASI : PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Telah berlangsung Program Pemasaran Digital Wanita E-Juwita Negeri Perak di PEDi Kampung Tualang Sekah. Program keusahawanan ini dianjurkan oleh Jabatan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 20 peserta yang sertai kursus kali ini.
AKTIVITI
Kursus ini dikhaskan kepada peniaga/usahawan wanita sekitar Parlimen Kampar yang berminat komersilkan produk/perkhidmatan secara atas talian. Kursus ini banyak membantu peniaga/usahawan dalam memahami lebih mendalam kelebihan e-commerce dan cara efektif untuk menghasilkan content marketing.