TARIKH : 24 OGOS 2024
MASA : 08.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
LOKASI : PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Telah berlangsung Program Semarak Kemerdekaan bersempena Bulan Kebangsaan 2024 untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan komuniti setempat.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka rakyat, pertandingan mewarna merdeka, basikal berhias dan senamrobik merdeka. Terima kasih atas penyertaan semua yang hadir memeriahkan program.