mcmc
Laporan Aktiviti

SIHAT RAMADAN: CABARAN TURUN BERAT BADAN SECARA SIHAT! FEBRUARI 2026

TARIKH : 24 FEBRUARI 2026
MASA : 02.30 PETANG – 05.00 PETANG
TEMPAT : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH
PESERTA : 3

TUJUAN

Program ini dijalankan untuk mendidik peserta supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif sepanjang bulan Ramadan. Selain itu, program ini dapat membantu peserta mengurus berat badan dengan kaedah yang sihat dan terkawal, tanpa diet ekstrem atau cara yang memudaratkan kesihatan serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan obesiti serta meningkatkan keyakinan diri dan kesejahteraan keseluruhan.

AKTIVITI

Program ini terbuka kepada belia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Peserta perlu merekod pengukuran berat badan, BMI dan glukos. Rekod bacaan awal sebagai rujukan cabaran. Peserta juga perlu melakukan aktiviti senaman ringan iaitu senaman regangan sebelum berbuka. Selain itu, peserta juga perlu menonton video-video yang berunsurkan penjagaan kesihatan dan senaman ringkas sepanjang 21 hari cabaran berlangsung.

Gambar di sini