mcmc
Laporan Aktiviti

TABUNG HAJI (TH) GERAK DI NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH JANUARI 2026

TARIKH : 7 JANUARI 2026
MASA : 09.30 PAGI – 02.30
 PETANG
TEMPAT : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH
PESERTA : KOMUNITI SETEMPAT

TUJUAN

Program TH Gerak dilaksanakan bagi memudahkan urusan masyarakat setempat berkaitan perkhidmatan Lembaga Tabung Haji (TH) tanpa perlu ke cawangan utama. Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman komuniti mengenai kepentingan simpanan serta perancangan awal untuk menunaikan ibadah haji.

AKTIVITI

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pembukaan akaun baru, pendaftaran THiJARI, pendaftaran TH Khairat, kemaskini maklumat peribadi, simpanan tunai serta pendaftaran Direct Debit. Penduduk sekitar hadir ke NADI bagi mendapatkan penerangan dan membuat urusan Tabung Haji secara terus di kaunter yang disediakan.

Gambar di sini