TARIKH : 19 NOVEMBER 2025
MASA : 03.00 PETANG – 04.00 PETANG
TEMPAT : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH (ONLINE)
PESERTA : 5 AHLI NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH
TUJUAN
Meningkatkan kesedaran keselamatan digital dalam kalangan pelajar dan komuniti setempat. Memberi pendedahan tentang ancaman siber semasa serta langkah pencegahan yang mudah diamalkan. Membantu pelajar memahami cara melindungi maklumat peribadi ketika berada di alam maya. Menyokong usaha NADI dalam memperkasakan literasi digital dan keselamatan siber di peringkat komuniti.
AKTIVITI
Video merangkumi tiga topik utama Emel Anda Selamat atau Tidak? – pengenalan kepada tanda-tanda akaun e-mel digodam dan cara melindunginya. Cara Semak Kecurian Data Anda – panduan menyemak sama ada data peribadi bocor di internet. Buang Data Privasi dengan Betul – tips melupuskan maklumat digital secara selamat. Sesi kesedaran tentang kepentingan melindungi data peribadi dan privasi dalam talian. Galakan kepada pelajar untuk mengamalkan tindakan berjaga-jaga digital serta menyebarkan mesej keselamatan kepada keluarga dan rakan.
