TARIKH : 22 NOVEMBER 2025
MASA : 02.30 PETANG – 04.30 PETANG
TEMPAT : NADI KAMPUNG TUALANG SEKAH (ONLINE)
PESERTA : 2 CALON SPM
TUJUAN
Membantu pelajar Tingkatan 4 dan 5 membuat persediaan awal menghadapi peperiksaan SPM. Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu, khususnya dalam komponen penting seperti karangan, pemahaman dan rumusan. Memberikan latihan intensif dan teknik menjawab yang berkesan melalui sesi bimbingan oleh guru berpengalaman. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk mendapat bimbingan tambahan secara percuma melalui Program Khas NADI DILEA.
AKTIVITI
Sesi Webinar “Gerak Gempur SPM” yang dilaksanakan secara langsung. Pengajaran fokus pada penulisan karangan, pemahaman teks dan soalan dan rumusan. Perkongsian teknik menjawab soalan SPM oleh tenaga pengajar serta sesi interaksi dan latihan bersama pelajar.
